Monday, February 28, 2011

Bengang la aku!!

Dah 2 kali BG buat kesilapan yang sama.

  1. Datang lambat test.(duduk depan sekali)
  2. tak recheck kertas soalan
 Kalau datang lambat tue lecture tak berapa nak kisah sangat.(Tapi tarik muke la). Yang paling bengang sekali kenapa la BG tak check dulu kertas soalan neih. Tadi math 3. BG sampai-sampai dewan tadi, BG terus tulis nama dan kad metrik BG .Then terus buat soalan pertama tanpa baca or tengok kertas soalan. Kesannya, BG ingat ada 3 soalan je. Dah la soalan no 2 sangkut. soalan 3 biol!..masa tinggal beberapa min je lagi nak abis. BG cube selak la kat  belakang kertas tue. TUP-TUP..... ada soalan yang ke-4.Gelabah BG tuhan je tau. dah la "senang".

Maknya BG tak sempat la nak buat soalan no 4 tue. hanya salin soalan balik  dan tulis fomula. Belum sempat nak start masa pun tamat dan lecture terus ambik kertas BG sebab BG duduk depan sekali depan lecture..haiz!!

MORAL. jangan datang lambat ke dewan peperiksaan.


*datang lambat sebab tumpang kawan  "tak de kenderaan sendiri."=)

Saturday, February 26, 2011

Tak terkata!

Ini hanya satu hiburan buat semua pembaca.




Cikgu : Baik murid-murid,apa yang awak semua nampak di atas meja ini?


Murid : Sejenis air minuman  dan cacing cikgu !


Cikgu : Bijak anak-anak cikgu.Diatas meja ini ada dua jenis air. satu arak dan satu lagi air biasa.Sekarang cikgu letakan cacing dalam kedua-dua air nie.


*Murid-murid melihat experiment ini dengan  sangat kagum.


Murid : Wahhh!!


Cikgu : Cuba kita tengok kat sini,cacing mati di dalam arak, manakala cacing kat air biasa tidak mati.


Murid : Owh!! ( menganggukan kepala mereka )


Cikgu : Baiklah apa kesimpulan yang kita dapat lihat dalam experiment ringkas pada kali ini?


Murid : Minumlah arak kalau nak cacing kat dalam perut kita mati.


Cikgu : Matilah ( pengsan ) 




kesimpulannya, sebelum nak buat experiment kepada murid-murid kene bagi objektif experiment terlebih dahulu, supaya murid-murid tidak membuat kesimpulan sendiri.
Padah jadinya.















Friday, February 25, 2011

ZZH terkena!

OLD pic

Teringat, tersengeh-sengeh, gelak, geli hati menyebabkan BG tak boleh tido semalam. Memang tidak dinafikan kes ini memang lawak bagi BG. Cam nie ceritanya, ZZH nieh sahabat aku disekolah dulu kala. Perangai die memang tidak dinafikan memang cam "gila",kuat menganjing, suka menyakitkan orang dengan tumbukan die dan macam-macam lagi lah. Sapa yang kenal die memang tau la perangai die cam mana.

Ada satu hari BG bukak FB tengok kat friends list tue ada nama "pelangi pagi".BG hairan la sejak bila pulak BG add or approve pelangi pagi nieh.BG bukak la profile pelangi pagi nieh, tengok-tengok die wat privacy setting. picture,wall, semua bende la x de kat FB die. cuma yang ada mutual friends je ada.  Jenis BG memang kalau nak tau selidik gila-gila.

Nak buatkan cerita, BG ternampak la mutual friends die banyak yang BG kenal,so BG cube la jelajah member-member BG punye profile. Last-last BG tau sapa "pelangi pagi " tadi.Rupa-rupanya ZZH sahabat dunia akhirat aku! HAHA

Timbul persoalan kenapa die wat privacy setting sedangkan die bukan jenis cam tue. BG godek-godek FB die tengok  ada pulak relationship status > married with pelangi P***** .WOW.tak sangka betol mamt neih dah berpunya rupanya, sebab BG kenal die cam mana!. bertambah gairah la lagi BG nak mengodek-godek FB die.HAHA

BG terus bukak pelangi P***** punye profile. Alangkah tekejutnya die pun buat privacy setting gak. Ini membuat was sangka neih. Tak boleh kene godek lagi profile die. BG ternampak mutual friends pelangi P***** nieh ada member sama kelas BG kat sini.

Apa lagi kompom la BG nak dapat matlumat dari member BG neih. Tapi tak de rezeki nk tahu awal.Semalam BG pergi rumah member BG nieh dengan niat nak lepak je. Sampai-sampai je tengok member BG tadi tengah chet di FB . Tak kisah la kan. BG pun usha la jugak kat FB member BG neih die tengah chet gan sapa. Unbelievable member BG neih tengah chet dengan pelangi P*****..BG apa lagi terus suruh die bukak pic pelangi P****....Cantek orangnya! BG tanya la nama die kat member.Nama pun ayu je sesuai dengan muka die.

Dapat tengok muka and dah tau nama die terus BG bagi masej kat ZZH neih. haha mula-mula tak de respon dari die. BG agak die dan pelangi P***** tengah bergayut kot, tak pun die dah tido. 15 min kemudian ZZH telepon BG. 1st ayat die "apa lagi dam" ...terus BG gelak berdekah-dekah..HAHA

Carut-mencarut la die kat BG. Sebelum ZZH neih call BG, member BG tadi call la kawan die yang sama poly gan c ZZH n gan pelangi P***** neih. rupa-rupanya kenal sama kenal. DERIS namanya. haha. yang si DERIS nieh boleh pulak call ZZH cakap pasal bende nieh kat die.BG ingat BG tak nak kantoikan member BG neih. last-last terkantoi jugak.

Time die call tue memang carut tahap dewa la.BG gelak tahap gaban. hahah.. Tak boleh bla kantoi cam tue je. BG kacip gan c member BG yang bagi maklumat tue. ZZH lak kacip gan DERIS. memang kene sangat la.
sembang lama-lama ayat die yang BG tak boleh lupa.
  1. "kalau ko ada kat depan aku dam memang aku dah tumbuk kau!" 
  2. "sumpah aku bengang gan kau dam"
  3. "1st time aku rasa kekalahan dari ko dam!"
Yang no 3 ayat paling tak boleh bla! memang galak besar lagi la BG pas dengar ayat nieh.HAHA. 

Niat dihati bukan untuk membalas dendam cuma perasaan ingin tahu pasal sahabat baik je, KATA SAHABAT!! x salah rasanya kalau nak tau.Memang tidak dinafikan die baik orangnya, kalau susah-susah die yang tolong. Harap hubungan persaudaraan sebagai sahabat baik kekal selama-lamanya. 

Kenangan dari pengalaman banyak mengajar erti persahabatan! 

sapa kenal ZZH kompom tau perangai die cam mana~
ZZH....LU kena BEB!!

Wednesday, February 23, 2011

DYNAMIC oh DYNAMIC!

Penyesalan tak terkata jika KILLER SUBJECT study last min. Ini lah yang berlaku kat BG sekarang. Nak dibuat cerita BG sekarang kat LIBRARY pukul 2 pagi masih mentelaah.Tapi sepanjang BG kat sini hanya satu soalan je BG boleh buat tentang DYNAMIC neih. hampeh sungguh.

Sapa yang boleh aja BG sila hubungi dengan kadar segera. Besok dah test tapi masih diawang-awangan lagi.Konsep dynamic pun x paham-paham lagi neih. Cam mana nak mengapai hajat sem neih? hadoii

Timbul rasa semangat nak belajar bersungguh-sungguh. Tapi untuk subject nieh BG tak boleh belaja sorang-sorang kene ada yang pakar untuk berdamping dengan BG. Susah betol nak paham.

entry neih maybe palaing membosankan. Apakan daya..

For tomorrow i will do my best for my test. Tak tinggi pun tak pe asalkan jagan terlalu rendah. Amin. Harap la ada keajaipan esok hari.  

Tuesday, February 22, 2011

Kerja tertunggak!


Otak berbunga-bunga terkenang apa yang perlu dibuat,
Assingment menggunung,
report membukit,nota masih tiada
apakah yang akan terjadi? 

Teringin nak buat tapi malas lebih banyak dari rajin!
banyak kerja buat last min kualiti kurang,
rajin mula tidak berguna,
bia malas letak dihujung tanjung.

Oh kerja bila nak siap semuanya??
asik be-blog-ing je,
jum buat kerja!!

*janji setelah selesai semua BG tak akan tunggakan kerja lagi! =)

Sunday, February 20, 2011

Helmet oh helmet!

Mula cerita kawan call suruh ambik kat station bus,
hati mula kelam kabut sebab dah lambat,
hanya capai baju sejuk dan kunci moto,
terus beredar menuju ke destinasi yang dituju.


Hati gelisah ,malam yang gelap,
apa bende yang aku lupa bawa,
LESEN? telefon bimbit? semua ada,
teruskan perjalanan memandangkan moto pun separuh hayat.


Sampai destinasi terus menyapa kawan,
dengan gembira selamat sampai,
mana HELMET soal kawan,
rupa-rupanya hati ku gelisah sebab lupa bawa helmet.


Kerja yang tak bermakna sungguh!
gelak tak berlagu,
sia-sia la datang tanpa bawa helmet,
terpaksa hubungi kawan serumah untuk datang bawa helmet,
jauh tak jauh tue lain ceita,yang pasti helmet kene ada.


Makan besar kawan belanja
sotong goreng,tom yam, ikan bakar,
kenyang sampai perut buncit sementara,
hati tercuit terkenang pengalaman tak bermakna.

*Thank you RIJAL for the dinner. And of cause to SALMI because bring the helmet.=)

Friday, February 18, 2011

Bisu seketika!

~sahabat~.......

Mungkin terlalu awal untuk BG menilai apa yang akan terjadi masa yang akan datang. Memang perit untuk ditelan kata-kata orang yang asik menunding jari terhadap diri ini. Memang BG tidak sehebat,sekuat,sepandai mereka. Biasalah manusia ada mulut mengata.

Memang BG seorang yang lemah, berhati lembut,senang untuk dipermainkan. Tapi BG tak kisah kerana mereka semua kawan yang perlu BG jaga hati,Mereka tua untuk dihormati. Memang nasib ini untuk diperkotak katik kan oleh mereka. Tapi hati ini tiada sapa yang nak jaga.

Memang BG gelak apabila mereka menganggap diri ini senang dan mudah diperkatakan.Tapi hati hanya tuhan yang tahu. BG anggap mereka semua masih tidak kenal BG biarkan! Hubungan kawan sangat berharga.Biar mereka main taik pun BG boleh terima mereka lagi selagi hati ini boleh menerima.

BG kenal sapa BG. kalau dah tak suka insyallah MUKA pun tak nak pandang. Pengalaman mengajar diri ini untuk kita lebih bermusabah. Pengalaman yang pahit itulah yang mengajar BG apa iu kawan dan sahabat, hanya memekakkan telinga apabial dimainkan, dihina, dikutuk dan sebagainya. BG tak nak peristiwa pahit terjadi lagi.

Kita berkawan ada batasnya,dan GURAU pun ada batasnya. Selagi diri ini dihormati,insyallah BG akan menghormati anda. Kawan membuat kita bisu seketika. 




*sapa yang terasa BG mintak maaf.Perlu untuk bersuara walaupun tidak mampu untuk menegur hanya mampu untuk mengarang di blog yang tak sebarapa ini.=)

Thursday, February 17, 2011

Usaha tidak setimpal!

  1. Ada orang berusaha, orang tue jumpa kejayaan.
  2. Ada orang yang tidak berusaha,tapi jumpa kejayaan
  3. Ada orang berusaha,tapi orang tue tak jumpa kejayaan.


bagi BG orang yang no 3 ini sebenarnya bukan die tak berusaha tapi usaha yang die buat tue tak setimpal apa yang dikehendaki. Bagi pemilik no 3 nieh sabar je teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang diidamkan.

No 2 la paling best x payah susah payah,terus je dapat kejayaan yang diinginkan. BG paham orang macam neih  kalau dalam pelajarannya memang fokus je terus dapat masuk. yang kita nieh bertungkus lumus la nak fokus then abis class je terus belaja balik .tapi NO 2 neih tak payah.hanya tunggu final je. Beruntung!

No 1 nie setimpal la.apa yang die usahakan tue,die layak untuk terimanya..sebab dengan usaha yang tip top. Kalau BG la kan BG nk jadi no 1 nieh sebab cam layak kalau kita dapat. orang lain tengok usaha kita, dan kita pun rasa bangga dengan usaha yang kita lakukan tue.

Anda pemilik no berapa?

Wednesday, February 16, 2011

Integriti!

Kalau kita bercerita mengenai INTEGRITI, mesti orang akan cakap mengenai sifat seseorang yang baik. Memang kata dasar integriti ini baik  belaka namun apa sebenarnya integriti di kamus diri anda? Sebenarnya integriti menurut kamus dewan bahasa dan pusaka edisi yang ke-4 integriti bermaksud kejujuran,tanggungjawab, amanah dan  keadaan yang sempurna,utuh dan keutuhan. Ini sebenrnya maksud integriti!

Persoalan pertama yang timbul adakah "aku" dan "anda" seorang yang berintegriti? tepuk dada tanya selera. Sebagai manusia biasa memang sukar untuk kita jaga benda yang senang untuk dijaga nieh seperti integriti nie. kalau kita dapat lihat banyak kes-kes rasuah terutamanya yang semakin merebak diantara mereka-mereka yang mengambil "duit haram" ini. Memang bukan semua yang ambik tetapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Adil ke tak?

Mereka yang bermasalah ini ambil endah dan tak endah je soal integriti, menyebabkan integriti mereka merosot yang banyak memberi kesan kepada orang lain dan juga diri sendiri. Ini dunia realiti yang perlu kita tempuhi. Memang soal integriti kita lemah akhir-akhir ini.

Kalau integriti je mesti rasuah.sebenarnya tak banyak lagi contoh soal integriti ini. kita tengok je mahasiswa? yang masyarakat sanjung tinggi. Kalau balik kampung je kene puji tahap maximum tambah-tambah dalam  keluarga tue seorang je yang masuk universiti. Sebenarnya mereka pun tak tau apa tue soal integriti kebanyakan yang mendapat segulung sijil penghargaan dr  universiti tue hanya la propa je(bukan semua mahasiswa/wi). Mereka kalau test meniru, kerja yang diberi oleh pensyarah buat akhir-akhir minit dan meniru "copy and paste". Ini lumrah yang perlu kita hadapi bagi semua mahasiswa. Kita meniru pun dah sifat kita ini tidak berintegriti. INI ke mahasiswa yang kita sanjungi?

Kalau kita ada sifat bergitu hindarlah sejauh yang mungkin sebelum menjadi nanah yang berbisa dalam diri kita. Tingkatkan integriti banyak faedahnya dr sudut individu,masyarat,dan negara. Demi semangat integriti yang kita sanjungi kita perlu tahu apa itu integriti .

Monday, February 14, 2011

Kotak minda senak.

A+<I'm craving satisfied>

Coming soon!


Oh men!

Minggu nieh penuh dengan test petang, siang dan malam.
Banyak topic yang tak cover lagi.
Dengan silat lidah lagi,ASSIGNMENT menggunung!
Apa la nasib jadi cam neih.

Otak semakin senak rasanya.
Kerisauan membukit disebabkan tanggungjawab tak terpikul.
Dada menjadi semput Tatkala hati berbaur TEST dan SILAT LIDAH.
Mampukah kedua-duanya berjaya yang diimpikan?
Usaha tangga kejayaan,bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian!

RAJIN aku lebih dan sama daripada  MALAS( = )

Saturday, February 12, 2011

Mata kasar.

Wanita


Perempuan pun boleh main kayu tiga!
Pelik tapi ini benar,
Cinta boleh dibeli dengan kata-kata,
Kalau tak suka buang,
Serupa stok pakai buang!

Gempak kan permpuan seperti ini?
Janji tak buat lagi dah basi dah,
Hanya kata semanis gula je.

Kesian lelaki yang setia,
yang lurus bendol,
Baik katanya,
Dipermainkan dengan mudah.

Ambil cara baik,
buang pun cara baik
itu la "the men"

LELAKI

Ada orang ckp die ckp je lebih tapi die buat jugak!
Ada lelaki yang BODOH,
tunjuk cinta konon sanggup buat apa sahaja untuk si dia.

Tunduk je apa yang si dia nak,
masak la,sidai pakaian la, mcm-mcm la,
Ini ke lelaki?
PERLU ke nak buat cam tue tunjuk sayang?

Menangis? Ini yang tak boleh tahan,
lelaki nagis sebab WANITA?
Sumpah tak  leh terima.

Kawan jadi kepentingan ke-2,
walhal susah senang kawan bersama
makan minum rasia semua kawan,

Ada pulak lelaki yang main kayu tiga,
katanya pertama BINI,
kedua tunang,
ketiga awek
dan keempat skendel.


* RESPON anda bagaimana?

Saturday, February 5, 2011

25 random facts about BG!

Fact 1: Lemah kalau kawan "berbicara"
Fact 2: Suka tidur lewat malam
Fact 3: Rambut jadi asset  utama.^_^
Fact 4: Nasi? tak pe kalau tak de.xkisah pun.=)
Fact 5: Pentingkan pertaliaan persahabatan.
Fact 6: Pendiam.tapi kalau dirangsang jaga-jaga.
Fact 7: Dulu suka gelak tapi sekarang KURANG!
Fact 8: Jenis orang "follow the flow "
Fact 9: Cheese cake kegemaran.
Fact 10: Mempunyai rasa simpati yang cepat.
Fact 11: Pendendam tapi cepat memaafkan.
Fact 12: Tidak mahir dalam bidang IT!
Fact 13:  mudah dimanipulasi .
Fact 14: Kalau ada duit memang pakaiaan target utama.=D
Fact 15: Kalau tak suka seseorang akan senyap.
Fact 16: Suka hang out.
Fact 17: Menggunakan lappy jenama BenQ
Fact 18: Ahli silat lidah!( yang berhormat)
Fact 19: PILOT cita-cita yang tak tahu hala tuju
Fact 20: GF?errrrrr
Fact 21: Suka pada angka dua puluh satu.
Fact 22: Keinginan melebihi had kemampuan ( analisis baik-baik)
Fact 23: Tiada pendiriaan yang tetap
Fact 24: Tidak berapa nak sistematik.
Fact 25: Binatang paling takut snake!(kembang bulu roma)


Ini semua bukan lah direka semata-mata tapi ini adalah fact diri BG!
+D

"Once you have been tagged,you are supposed to write a note,with 25 random thing,fact,habits or goal about you. At the end, choose 25 peoples to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

ini orang yang bertuah untuk diTAG:

  1. FAZ
  2. INTAN
  3. ELY
  4. NADZ
  5. ATEN
BG buat untuk 5 sebab ..errr tah..hahha tahniah kepada yang di TAG!

* tQ to Syilot

Tuesday, February 1, 2011

27.01.2011

Mid sem dah mula. kitaowng enjoy sakan. Tambah-tambah pinjaman kiteowng dah masuk. Cadangan pergi bandar BP(salah satu bandar yang ada).Kami semua pergi la memebriahkan keadaan.Kita owng main boling, makan-makan dan macam-macam lagi la.

Motif entry kali nie sebenarnya bukan nak cerita Mid sem dah cuti ke apa sebab BG pun cadang tak nak balik KL. cam nieh.tarikh neih jgak sebenrnya tarikh hari jadi kawan BG, CHE KU namanya. Dalam perjalanan kita orang balik anip beil kek untuk che. Kite orang sambut kat rumah BG. Kek die terbaek la. even bukan dari SR.haha.

Tengok gambar nie,

bday boy

nie anip.

make up party

HAHA padan muka.sesi balas dendam

macam die pulak bday boy.nie sebenarnya sesi balas dendam BG rasa

Yang penting semua kene!

January boy~

Nie hadiah buat che ku
sesi bagi hadiah oleh rijal.*rijal takut kene la tue.walhal dah kene

what ever it is i feel so happy because this is my party too. all members sing bday song to me and che ku. This is fantastic night eva!

*HAPPY BIRTHDAY!