Friday, February 25, 2011

ZZH terkena!

OLD pic

Teringat, tersengeh-sengeh, gelak, geli hati menyebabkan BG tak boleh tido semalam. Memang tidak dinafikan kes ini memang lawak bagi BG. Cam nie ceritanya, ZZH nieh sahabat aku disekolah dulu kala. Perangai die memang tidak dinafikan memang cam "gila",kuat menganjing, suka menyakitkan orang dengan tumbukan die dan macam-macam lagi lah. Sapa yang kenal die memang tau la perangai die cam mana.

Ada satu hari BG bukak FB tengok kat friends list tue ada nama "pelangi pagi".BG hairan la sejak bila pulak BG add or approve pelangi pagi nieh.BG bukak la profile pelangi pagi nieh, tengok-tengok die wat privacy setting. picture,wall, semua bende la x de kat FB die. cuma yang ada mutual friends je ada.  Jenis BG memang kalau nak tau selidik gila-gila.

Nak buatkan cerita, BG ternampak la mutual friends die banyak yang BG kenal,so BG cube la jelajah member-member BG punye profile. Last-last BG tau sapa "pelangi pagi " tadi.Rupa-rupanya ZZH sahabat dunia akhirat aku! HAHA

Timbul persoalan kenapa die wat privacy setting sedangkan die bukan jenis cam tue. BG godek-godek FB die tengok  ada pulak relationship status > married with pelangi P***** .WOW.tak sangka betol mamt neih dah berpunya rupanya, sebab BG kenal die cam mana!. bertambah gairah la lagi BG nak mengodek-godek FB die.HAHA

BG terus bukak pelangi P***** punye profile. Alangkah tekejutnya die pun buat privacy setting gak. Ini membuat was sangka neih. Tak boleh kene godek lagi profile die. BG ternampak mutual friends pelangi P***** nieh ada member sama kelas BG kat sini.

Apa lagi kompom la BG nak dapat matlumat dari member BG neih. Tapi tak de rezeki nk tahu awal.Semalam BG pergi rumah member BG nieh dengan niat nak lepak je. Sampai-sampai je tengok member BG tadi tengah chet di FB . Tak kisah la kan. BG pun usha la jugak kat FB member BG neih die tengah chet gan sapa. Unbelievable member BG neih tengah chet dengan pelangi P*****..BG apa lagi terus suruh die bukak pic pelangi P****....Cantek orangnya! BG tanya la nama die kat member.Nama pun ayu je sesuai dengan muka die.

Dapat tengok muka and dah tau nama die terus BG bagi masej kat ZZH neih. haha mula-mula tak de respon dari die. BG agak die dan pelangi P***** tengah bergayut kot, tak pun die dah tido. 15 min kemudian ZZH telepon BG. 1st ayat die "apa lagi dam" ...terus BG gelak berdekah-dekah..HAHA

Carut-mencarut la die kat BG. Sebelum ZZH neih call BG, member BG tadi call la kawan die yang sama poly gan c ZZH n gan pelangi P***** neih. rupa-rupanya kenal sama kenal. DERIS namanya. haha. yang si DERIS nieh boleh pulak call ZZH cakap pasal bende nieh kat die.BG ingat BG tak nak kantoikan member BG neih. last-last terkantoi jugak.

Time die call tue memang carut tahap dewa la.BG gelak tahap gaban. hahah.. Tak boleh bla kantoi cam tue je. BG kacip gan c member BG yang bagi maklumat tue. ZZH lak kacip gan DERIS. memang kene sangat la.
sembang lama-lama ayat die yang BG tak boleh lupa.
  1. "kalau ko ada kat depan aku dam memang aku dah tumbuk kau!" 
  2. "sumpah aku bengang gan kau dam"
  3. "1st time aku rasa kekalahan dari ko dam!"
Yang no 3 ayat paling tak boleh bla! memang galak besar lagi la BG pas dengar ayat nieh.HAHA. 

Niat dihati bukan untuk membalas dendam cuma perasaan ingin tahu pasal sahabat baik je, KATA SAHABAT!! x salah rasanya kalau nak tau.Memang tidak dinafikan die baik orangnya, kalau susah-susah die yang tolong. Harap hubungan persaudaraan sebagai sahabat baik kekal selama-lamanya. 

Kenangan dari pengalaman banyak mengajar erti persahabatan! 

sapa kenal ZZH kompom tau perangai die cam mana~
ZZH....LU kena BEB!!

2 comments: