Wednesday, February 16, 2011

Integriti!

Kalau kita bercerita mengenai INTEGRITI, mesti orang akan cakap mengenai sifat seseorang yang baik. Memang kata dasar integriti ini baik  belaka namun apa sebenarnya integriti di kamus diri anda? Sebenarnya integriti menurut kamus dewan bahasa dan pusaka edisi yang ke-4 integriti bermaksud kejujuran,tanggungjawab, amanah dan  keadaan yang sempurna,utuh dan keutuhan. Ini sebenrnya maksud integriti!

Persoalan pertama yang timbul adakah "aku" dan "anda" seorang yang berintegriti? tepuk dada tanya selera. Sebagai manusia biasa memang sukar untuk kita jaga benda yang senang untuk dijaga nieh seperti integriti nie. kalau kita dapat lihat banyak kes-kes rasuah terutamanya yang semakin merebak diantara mereka-mereka yang mengambil "duit haram" ini. Memang bukan semua yang ambik tetapi disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Adil ke tak?

Mereka yang bermasalah ini ambil endah dan tak endah je soal integriti, menyebabkan integriti mereka merosot yang banyak memberi kesan kepada orang lain dan juga diri sendiri. Ini dunia realiti yang perlu kita tempuhi. Memang soal integriti kita lemah akhir-akhir ini.

Kalau integriti je mesti rasuah.sebenarnya tak banyak lagi contoh soal integriti ini. kita tengok je mahasiswa? yang masyarakat sanjung tinggi. Kalau balik kampung je kene puji tahap maximum tambah-tambah dalam  keluarga tue seorang je yang masuk universiti. Sebenarnya mereka pun tak tau apa tue soal integriti kebanyakan yang mendapat segulung sijil penghargaan dr  universiti tue hanya la propa je(bukan semua mahasiswa/wi). Mereka kalau test meniru, kerja yang diberi oleh pensyarah buat akhir-akhir minit dan meniru "copy and paste". Ini lumrah yang perlu kita hadapi bagi semua mahasiswa. Kita meniru pun dah sifat kita ini tidak berintegriti. INI ke mahasiswa yang kita sanjungi?

Kalau kita ada sifat bergitu hindarlah sejauh yang mungkin sebelum menjadi nanah yang berbisa dalam diri kita. Tingkatkan integriti banyak faedahnya dr sudut individu,masyarat,dan negara. Demi semangat integriti yang kita sanjungi kita perlu tahu apa itu integriti .

No comments:

Post a Comment