Monday, January 24, 2011

perut kenyang Hati gembira!

Terima kasih SAHABAT!   

Mereka membuatkan hati BG gembira. TQ Naza and Izzat.*sorry zakwan ko x de dalam forum nieh.
Mereka belanja makan dan Song box.



me and NAZA


Stewed Aus Beef Stk (Naza)

Chic Cardon BL (Izat)

Marella Baked Fish (BG)

-Cheeze Choc-OreoCheeze-Choc Indulg-


SUMPAH teringin gila makan cheeze cake nasib dapat jugak sempena bday aku even lambat seminggu. 

memilih lagu

A little piece of heaven

nampak semangat.

Wow x dinafikan SUARA izzat memang TERBAIK  even sekarang suara die serak-serak basah.BG mula jatuh hati dengan lagu "I don't want miss a thing " by Aerosmith sejak Izzat nyanyikan damnn terbaek ahh.

Terima kasih banyak-banyak!!friend 4 eva

*Tq also to jaja,ir,daniel,fifi,inton,maya,batrisha,mat,hakim,susan,darling,miss Q,and baby!! we had good overnight with nice moment.miss that dance HAHA.

Tuesday, January 18, 2011

18.01.2011

Hari gembira sudah tiba. Menanti komen-komen, SMS, calling dr member dan juga keluarga BG. Banyak suka dan duka berlaku.Hari gembira banyak dugaan menimpa.*Tapi BG tau ada hikmah disebaliknya.=). Mula-mula BG nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada bondaku,kakak ku, kawan-kawan ku, dan sahabat aku yang telah memberi komen dan doa kepada aku sempena HARI JADI aku kali ini. Sumpah BG kata memang terharu la. Dalam entry kali ini BG nk berkongsi sedikit cerita tentang Bday boy.

17.01.2011 (4.35pm) = Phone BG bunyi!! tengok Bonda yang call. Sembang punya sembang Bonda BG wish dulu even baru pukul berapa. BG tanya la kenapa wish awal..alasannya takut LUPA..BG tergelak terbahak-bahak.. Bonda nak orang palaing awal wish bday BG. BG pun tau semakin meningkat usia kita akan mengalapi penyakit PELUPA.. Tak pe bonda yang penting anda ibu yang terbaek didunia dan akhirat. Pendek kata Bonda BG la orang wish awal sekali.

17.01.2011(selepas mahgrib) = Tira sent komen wish tok BG kat FB. BG rasa pelik kenapa la wish awal-awalkan.Alasan die "mghrib dah lepas pon...lau kira kalendar islam,,ko da kira bday laaa" stetment tue aku dah paham da. Lepas Tira wish Hassan pulak yang wish kat aku dlm FB. tQ guys.


18.01.2011 ( 12am) = banyak yang dah start wish untuk aku antaranya:











~ini la antaranya yang bagi komen pada pukul 12 keatas~


18.01.2011 (12.10am) = Phone bunyi.BG dengan penuh bebesar hati jawap panggilan syilot kawan merangkap kembar aku.HAHA. Die dengan lajunya suruh aku tunggu. 5 saat berlalu baru dengar suara orang nyanyikan lagu hari jadi. siap ada background song tue. Die suruh kawan-kawan die nyanyikan lagu untuk BG. GILA touching time tue. Sumpah sebak gile.HAHA tQ syilot. lepas tue x sampai berapa saat die terus update blog die pasal BG serta kata-kata semagat die untuk BG. HAHA tQ so much... x terkata la. lepas je abis die call BG sumpah HAPPY gile. Hidup jadi best.=))

~blog syilot~

18.01.2011 ( 12.30am) = HALIM sahabat aku anta sms wish untuk aku. =)) ingat die walaupun last year die x wish sampai la aku bagi tau die. HAHA.. then Bella wish.Jue kawan sekolah lembah, then Kawan baik laman sosial aku anta sms.NADZ!! Die lagi gempak FB anta SMS pun anta~ HAHA.

*Paan pun wish diikuti oleh syaril! =))

18.01.2011 (1.05am) = Apan call aku. HAHA. die call penuh dengan drama die yang die kata die ingat bday aku. Walhal aku tau FB yang remind die. tapi aku x kisah pun. btw thank ye apan. Pas tue Tebuwan call aku sahabat karib..pun sama FB yang remind.HAHA

18.01.2011 ( 6.30am) = KAKAK tercinta aku anta sms dengan penuh ucapan dan doa untuk BG. Insyallah akan ku jadi contoh yang terbaek untuk keluarga yang tersayang. Then pukul 10.30am, die bagi hadiah TOP UP untuk aku. tQ kak long.Kakak aku la yang beri hadiah untuk harijadi aku kali ini.Yang lain Tiada lagi..HAHA.

18.01.2011 ( dari pagi sampai lah pukul 11.50pm) = begerak ke FB balik~

















~ nieh yang 2nd punye ~


Selesai untuk cerita Komen-komen.Mula cerita Dugaan pulak. hari selasa BG ada kelas pukul 10am - 7pm. Hari ini memang bercadang malas nak balik rumah sebab kelas penuh.Tetibe Kelas DDA 2092 Batal. Tue tak pe lagi sebab boleh tunggu . Pas tue Kelas DSM2913 pulak sepatutnya abis pukul 5, nie die abis awal sejam. dah la next kelas BG ada gap sejam. terpakse la Bg tunggu sampai 2jam.* BG x penah tunggu kat U tanpa kawan dan tanpa kerja. Hadoi.. Kawan BG pulak malas nk pergi kelas last. Kalu aku balik means aku mungkin x akan pergi jugak. Akhir cerita BG kata BG nk stay back kat U sampai mlm. 

BG lepak la kat Library UTHM. settel kan sedikit kerja. dan termenungkan nasib. Jenis BG tak suka nak menyusahkan member secara terus. BG terpaksa la berhajat nak naik bus. HUH!! dah la BG x reti naik bus UTHM yang x akan pernah paham sistem die.Last-last idea muncul ckp jalan kaki je nak pergi ke DEPAN UNIVERSITi. BG pun ikut la idea yang AGAK bernas tue. Dari library ke depan bukan dekat beb. huh peluh gak la idung time tue. 

Sampai depan U tunggu bus tambang x sampai2 sejam jugak la tunggu.  Last-last tention mSj la member rumah.. bukan msg je Call sekali x angkat2.Dlam hati kata nieh kompom main game. Hampir 2 tahun kenal dah tau perangai masing2 kompom malas nk ambik BG yang x berapa nk penting dari game nie.HAHA * bukan ayat touching ek!. 

Apa lagi misi berjalan kaki la dari U ke rumah. sebelum tue beli HELANG jap gan air kompom dahaga kalau jalan kaki sejauh yang x dapat dikenal pasti.* yang pasti memang jauh.dak2 UTHM mungkin tau jauh die cam mana.. Start jalan kaki. melalak sorang2.mula-mula call member lama semua x dapt.. last2 BG dpt call ERA!! HAHA.. die la yang menemani BG sepanjang perjalanan BG sampai rasa simpati terasa dari die. HAHA.Sampai la pukul 12 abis free call aku menyembang gan die. HAHA.. aku gelak terbahak-bahak untuk ubati persaan sakit..aku dh x perdulu orang kiri kanan neih.. GEMPAK DOH~btw tQ era teman aku ketawa. =))

Last aku msg CHE KU soh ambik aku..yang dtg PUDEX. HAHA at last aku sampai jugak kat rumah ku syurga ku~ ALHAMDULILAH!

* Banyak dugaan masa harijadi aku tahun nie. Harap hubungan baik yang aku jaga dengan kawan-kawan aku selama nie x de papa yang berlaku! Dan aku tahu ini mesti ada hikmah disebaliknya. Ini la nasib orang yang tak reti naik bus dan tak de kenderaan sendiri. Ini lah hadiah yang paling bodh aku dpt! 

*Dan terima kasih sekali lagi kepada semua yang wish tok BG. Anda pengubat penyakit. sekali lagi BG tengok komen kat FB. yang BG kurang kenal pun wish. yang lama x jumpa,x chet, semua menampilkan diri untuk wish.. U GUYS DA BEST. tQ ALOT.

Sunday, January 16, 2011

Isnin!

Hari ini hari isnin bersamaan dengan 17.01.2011.Esoknye hari selasa bersamaan dengan 18.01.2011. birthday BG.. Tapi tue bukan motif entry kali nieh. Motifnye adalah isnin best ke tak?

Asal isnin je BG kene bagun awal, sebab kelas pukul 8 pagi(Metrologi dan pengukuran).Subjek nie best kalau fokus tapi tadi ada ganguan pencemaran bau BANYAK. Dah la dalam penghawa dingin yang tahap suhu membeku ada pulak manusia neih membawa pencemaran kat dalam kelas tadi.Penat BG bernafas gune mulut. Siap buat teknik penafasan baru.*kalau nak tau jumpa BG.haha. BG rasa stoking die x basuh setahun kot.Campak kat sungai Nil pun kompom ikan mati! Hilang fokus nak belaja.

Hari nie BG bersifat agak cool. Tapi cam blur-blur lagi la pasal subjek nieh. Tak ada apa-apa yang berlaku la kecuali PENCEMARAN BAU  . Habis kelas BG terus balik  rumah. BG bercadang nak outer seluar jeans dan baju bengkel BG yang gedabak besar. Sekejap lagi kot pergi kedai jahit. 



Nie la baju and seluar yang nk di outer


*Yang best nye awi neih.. Kelas Math3 BATAL!!

Saturday, January 15, 2011

15.01.2011

~KAK LONG~

BG and sis


Dia seorang yang penyayang,
Dia seorang yang memahami,
Dia seorang yang dikasihi,
Dan dia seorang kakak yang dicintai.

Kakak,
engkau ibarat air yang sentiasa mengalir, 
yang tidak akan berhenti untuk menyayangi daku,
serta keluarga yang tercinta.

Kakak,
banyak halangan kita tempuhi bersama,
hidup ini penuh dengan liku-liku,
kelak kesabaran itu jua akan dinilai,

Kakak,
raut wajahmu akan ku ingat penghujung hayatku,
kenangan bersama jauh sekali untuk dilupai,
jasamu akan ku balas dimasa besarku,
bersama keluarga yang tercinta.

Kakak,
Walau usia memakan hari,
tanggal ini tidak pernah ku lupakan,
SELAMAT HARI LAHIR buat kakak tersayang,
semoga Allah merahmatimu....


* I LOVE YOU so much SIS !


Mamai diPagi hari sabtu!

Pagi Sabtu memang best kalau tido maraton sebenarnya. Tapi apakan daya jodoh untuk BG nak tido maraton tue x de sebab BG ada latihan bersilat lidah. Memang jadi kebiasaan BG setiap sabtu je mesti bangun pukul 8.30am. Berangan jap, cuci muke, buat teh o yang berperisa anggur, dah tue mandi. Tue rutin la setiap pagi kalau BG bagun.*kalau x bagun tue x buat la semua neih.

Tapi yang peliknye kan sabtu neih cam blur-blur je .Tak tau apa sebabnya. Dah la semalam MIMPI menyeramkan x selesa untuk tido. Bagun-bagun je dah pukul 8.15am. Alarm x bunyi g BG dah bangun. Hairan betol. Dah mandi-mandi tue. BG tengok jam hampir pukul 9 am. BG pun pikir mesti dah lambat neih. BG berangan je dalam Toilet tue yang lambat tue.

Kelam-kabut la nak bersiap neih. cari kunci rumah la, kunci moto la, macam-macam la.Mamai tak habis lagi. Last-last BG pun sarung je la selipar  BG yang warna merah. Tanpa disedari BG pakai selipar sebelah lain selipar kawan serumah aku saiz 10.Walhal BG pakai saiz 9. Mula-mula tue memang x sedar lagi. sampai nak parking moto kat HEP baru aku perasan aku gune selipar sebelah lain. Tegelak sowang-sowang aku kat dalam bilik.

time Gelak-gelak ambik pic kaki sendiri

nie seliparnya.

yang neih tak de keje.

Nasib la jenama yang sama.kalau sebelah jenama lain tue memang tak tau la nak cakap apa. Tapi kan style sekarang orang pakai selipar sebelah lain nieh. Cam mula-mula x kisah sangat la, sebab nampak style tapi dah sebelah kecik sebelah lagi besar nak gune cam mana. tetibe cam x style plak. HAHA. Mamai sangat kot sampai sarung selipar pun x sedar sebelah lain.

*Penagajaran jangan mamai ketika sarungkan selipar anda tambah-tambah selipar dirumah banyak.
.

Friday, January 14, 2011

Beanie!

A beanie is a head-hugging brimless cap with or without a visor that was once popular among school boys.


example of BEANIE!

Model beanie
 tEbuwan using his beanie



example head-hugging brimless



Persoalan selalu timbul apa tue beanie? so BG dah terangkan dalam entry kali nieh siap bagi exanple g tue. bukan apa. kadang-kadang orang gelak kenapa pakai anak tudung? cam SITI NURHALIZA dah! Ini die pikiran yang tak berkembang dari segelinap rakan-rakan ku. 

Pemilihan style nieh sebenarnya unik bagi BG sebab die nampak menarik dan style kalau lelaki pakai. BG bukan  berminat sangat pun nak pakai beanie nieh sebab style die lain dari yang lain. HAHA. 

Kalau kat bandar metropolitan melambak style yang boleh diikut tapi penggunaan beanie cam nieh die nampak style dan simple tue yang penting. BG neih jenis yang simple je tapi bukan selekeh.

Kadang-kadang ada je orang nk kondem penggunaan beanie nieh tapi bagi BG, BG tengok style die cam mana kalau "up too date"  tak boleh nak kata apa-apa la.tapi jarang orang "up too date" neih kondem mengondem sebab die pun berjiwa style. So yang selalu kondem nieh orang yang x tau nak meng"style" HAHA.(sorry bagi yang terasa)

*what ever it is using beanie is the best for teenagers.

Wednesday, January 12, 2011

Apabila hati teringin.

Kata hati mesti dituruti kalau tidak resah dibuatnya. Hati memang selalu inginkan benda yang menarik perhatian. Namun kehendak hati ini dapat dituruti ataupun tidak. Kadnag-kadang kekanagan wang ini la penyebab hati ini selalu resah dan gelisah.

Begitu juga dengan BG selalu idamkan apa yang tak mampu untuk miliki dalam masa yang terdekat. Kadang-kadang hati kecewa jugak sebab apa orang lain dapat kita tidak dapat. sebagai contoh, palaing mudah kereta la. kenapa seawal usia puluhan ini mereka mampu untuk memiliki kereta? kenapa tidak BG macam tue la. Tapi BG cuba untuk tabahkan hati"mesti ada hikmah disebaliknya." mungkin BG x dapat sekarang mugkin akan datang. Rezeki masing-masing. 

kalau hati dah teringin memang sukar untuk katakan tidak. Tapi BG bia berangan dulu la.kalau dapat tue satu bonus.Sebab BG tahu dimana kedudukan BG dan keluarga. Mungkin Yang Maha Berkuasa inginkan usaha yang  lebih daripada manusia yang hina ini. Setakat ini la BG tak de la obses sangat kata hati. Kawal dan lawan perasaan tue lebih utama bagi BG.

Jealous? memang ada  perasaan begini tapi nak buat cam mana, apa yang orang lain miliki tue semua dari kekayaan keluarga mereka jugak. Bagi yang berdikari untuk mendapatkan keinginannya tue BG tabik la. susah sebenarnya nak buat bende nieh. Sebab masalah akan datang bila-bila masa je

*NO MONEY NO JEALOUS NO item

Tuesday, January 11, 2011

aNak ke-6

Tine botak lagi!

abang aku dan anaknya.

x de gigi lagi la.

Gambar kat atas tue sebenarnya anak Buah aku yang ke-6. Namanya AHMAD RAYYAN RIZQI BIN AHMAD FAHMI. Die anak abang Bg yang ke 3. Nak cerita la pasal rayyan neih. Die kalau datang umah aku je mesti nak berkepit gan mummy die je. kalau x opannya. Aku? kalau aku nk kiss2 die pun nak nagis macam apa tah. apatah lagi nak bawak die. Sombong sangat dengan usunya nieh. Die nieh senyap je kalau bawak kemana2 even kat rumah Bg pun cam x penah dtg je. Bg suke tengok time die tido.menarik je. time tue la boleh kiss die puas2 sebab die x sedar..hahha..=D 

Monday, January 10, 2011

Tayar pecah lagi!

Boleh dikira berapa kali tayar Moto kawan aku pancit. Time aku naik pulak die nak pancit. mana taknye kawan-kawan aku cakap aku neih pembawa malang sebab time aku naik je tayar pancit.Tapi bagi aku itu semua dugaan. Tak kisah la apa yang die orang nak cakap pun aku nieh pembawa sial ke pembawa pancit ke. tapi yang pasti mesti ada hikmah die sebaliknye. BG memganggarkan kalau tak pancit tadi mungkin aku dan kawan aku neih dah dilanggar kete,di saman maybe dan banyak lagi la yang akan berlaku. tapi mintak simpang malaikat 77 la kan.

ceritanya gini ex5 KAJ 1566 nieh bawa laju sebab nak cepat aku jadi penumpang je kat belakang sambil mengucap dalam hati. laluan yang kite orang lalu nieh memang selalu dilalu. Tapi sikap kawan aku yang suka mamai diatas jalan TAR nieh menyebabkan die redah lopak besar.memang terasa la bontot neih sakit. Mula2 tayar tue lek je.cool. tapi time nak balik kelas tadi WOW die buat hal.kempis abis beb... aku senyum nak gelak tapi x baek la kan member punye moto pastue kawan aku yang bawak tue puasa pulak tue.*ada hikmah. Last2 aku balik la gan moto kawan aku satu lagi.3 orang satu moto.gempak tak??HAHA

Percayalah hikmah tue mesti ada setiap apa yang kita lakukan.sama ada lambat atau cepat je. 

Sunday, January 9, 2011

Game segala-galanya?

Dunia sekarang semakin hari semakin maju. Begtu juga dengan Malaysia tanah air ku yang tercinta ini semakin hari semakin maju kehadapan.Dengan kemudahan internet,teknologi semakin rancak dikembangkan,bangunan pencakar langit dan sebangainya. Begitu juga dengan perkembangan dunia GAME yang saban hari meluaskan jajahan pemikiran Tempatan.

Didalam entry kali ini BG nak bercerita mengenai Game. Walaupun "game" ini maju dari sudut pandangan sesetengah pihak namun adakah ianya releven kepada rakyat? ONLINE GAME bergitu popular dikalangan remaja masa kini contohnya DOTA, RAGNAROK ONLINE(RO),DEMON,SDO-X dan sebaginya.

Online game nie menarik untuk dimain,cuma kegagalan dan kelalaian sesetengah pihak menyebabkan online game nie menjadi penyebab kepada masalah dan tanggungjawab kita.BG bagi contoh, tanggungjawab kita sebagai pelajar, kita perlu belajar,menghadiri kelas untuk menuntut ilmu sebab tue la ibu bapa kita hantar ke sekolah atau universiti untuk kita berjaya. Tapi kalau dah duduk depan komputer sehari semalan menghentak keyboard dan tetikus untuk main online game ini tak berbaloi. Bagi mereka penggemar game tue sanggup membazir masa untuk game online nie dan dunia keduanya adalah dunia game. Walhal bukan ada apa-apa pun.

Tue bagi yang ada internet kat rumah,bagi yang tiada internet? sanggup membazirkan duit  pergi cyber cafe(CC) untuk bermain game online.Seolah-olah game nie adalah DADAH je. Tak dapat sekali rasa gian menggigil, demam dan senang cerita lah tak duduk diam. Bukan BG nak kondem sapa-sapa atau nak kondem game online neih. tapi keadaan semakin teruk disekeliling BG.

Game yang baru berputik

Game yang menjadi kegilaan

Bukan untuk mengata tapi untuk menasihat.siapa yang makan cili die yang terasa pedasnya. Bagi mereka, Game adalah segala-galanya.